Jan 30, 2007

satu kembara.

Masa saya pulang ke rumah tempoh hari, saya terserempak dengan seseorang. Lelaki. Tak berambut. Dia mahu ke Melaka juga, atas urusan kerja.

Tak tahu bagaimana saya berminat mula bicara. Borak punya borak, tak sangka dia jenis ramah. Rasanya 90% perbualan datang darinya. Saya dengar, angguk, ooo..aaa aja :)

Sampai satu peringkat perbualan..

"Abang ni jarang sembahyang dik. Yelah buat apa nak sembahyang kalau hati tak ikhlas. Kalau masa tu abang rasa hati abang tenang and ikhlas, barulah abang sembahyang...bla..bla..yelah, baru nak sembahyang nanti teringat makan minum, tak khusyuk.."

Saya tajamkan telinga. Lihat cara katanya, memang nampak gaya penghujah yang baik. Tapi, bila dia beritahu yang dia tak solat, siap boleh matikan hujah seorang ustaz....saya terkedu. Dia rasa macam dah menang bila dapat pertahankan dirinya yang tak solat..huhu.

Ustaz tu mula-mula nak nasihat dia. Tapi, ustaz tu balik yang kena nasihat. Saya tak pasti sama ada ustaz tu nak 'tackle' dia dulu ke...tapi begitulah kisahnya.

Dia bagitahu saya juga, "buat apa nak belajar tinggi kalau rasa memang tak mampu, otak dan tak larat dan hanya membazirkan wang mak bapak. Abang orang susah dik. Belajar pun takat SPM je. Ni lah ada kudrat abang kerja cari rezeki."

Erm, saya angguk aja.
------------------------

Dia beritakan juga, dia ada belajar mengaji. Jujur dia mengaku baru nak bermula mengaji semula. Ah, point yang baik. Saya senyum dan tambah "belum terlewat"

Umurnya 29 sudah. Gaya bercakap memang nampak banyak pengalaman hidup. Saya hormat dia bersuara. Inisiatif mendengar begitu, mungkin buat dia rasa selesa. Biarlah.

Bas berhenti sebentar. Abang tu turun dan 'makan asap'. Yaiks, memang berbau rokok. Saya senyum tengok dia dari perut bas, Sebentar saya fikir, memang ada pelbagai jenis orang di muka bumi Tuhan ni.
-------------------------

Bas berhenti di Tol Ayer Keroh hampir jam 12 tengah malam. Saya turun menanti ayah. Sempat saya hulur sehelai nota kepada abang saya tu, dalam terpinga dia capai.

Saya buntu dengan apa yang saya telah saksi dan dengar tadi. Saya tak mahu menghukum apa-apa. Tapi, bila dia rasa selesa dan bangga dengan apa yang saya rasa salah, ermm..alahai!

Saya amat yakin, masih ramai di dunia luar sana yang beridea sama macam abang saya tu tadi. Masih fikir tahu segalanya dan menjunjung batil. "Solat bila hati ikhlas"...

[huh, bila pulak nak jumpa ikhlas tu agaknya ya]
-----------------------------

Di hujung nota...

"Assalamu'alaikum. Abang, terima kasih atas segala nasihat. Saya ambil pakai sebagai insan yang belum keluar lihat dunia sebenar. Untuk abang:

Hidup ini Allah yang cipta. Kita cuma hamba, dan Allah Tuan kita. Tak bererti hidup jika tak bersyukur dan melupakan Tuhan. Hidup tanpa Tuhan bagai layang-layang yang terputus tali. Akan melayang tanpa arah, tiada pergantungan, akan kesesatan. Akhir kata, moga diberkati hidupmu dunia akhirat"

Triton, Melaka.
------------------------------
Saya masih dhoif. Masih rasa tak puas hati dengan nilai nota itu. Apa pun, moga dengan apa yang ada, dia zikir-fikir semula. Hidayah itu dari Allah.

2 comments:

Anonymous said...

bagus2...walau usaha yg kecil tp sedikit sbyk diharap mampu megubah...syg shbtku...trskan perjuaganmu...

Mentor_ulung said...

insyaAllah, dgn apa yg mampu. erm, sapa tu ya?? mekasih...mg kita semua ada usaha utk seru kebaikan :)